About Me

My photo
Selamat Datang...Aq wt blog nie bukan untuk ap2 un cuma nk hilangkan bosan ja n nk kongsi dengan korang semua benda yang aq tahu..so Enjoy K.^_^

Friday, 29 March 2013

Cara Tidur Yang Betul Menurut Islam


Categories: AgamaFaktaSensasi
Sebenarnya, punca kita sukar bangun subuh mungkin kerana waktu dan cara tidur kita yang tidak betul. Dalam artikel ini, akan saya kongsikan cara tidur yang betul menurut Islam yang jika dituruti, pasti akan membolehkan kita bangun subuh setiap hari. Saya juga akan turut menyenaraikan beberapa perkara tidak bermanfaat yang anda terpaksa ubah dalam kehidupan seharian untuk mengikuti cara tidur ini. Dan terakhirnya, cara tidur mengikut Islam ini baik untuk kesihatan. Badan anda pasti segar di pagi hari setelah mencuba.
Cara Tidur Yang Betul Menurut Islam:
1) Tidur awal.Mungkin dalam pukul 1030 malam,anda sudah boleh masuk tidur. Jika anda sudah berkahwin, latih anak-anak anda tidur awal juga.
2) Jangan dilewatkan tidur selepas solat Isyak melainkan ada hal penting seperti muzakarah ilmu, melayani tetamu dan sebagainya. Diriwayatkan daripada Abu Barzah, sesungguhnya Nabi SAW membenci untuk tidur sebelum Isyak.
3) Semasa hendak tidur itu,niatkanlah dengan ayat lebih kurang begini “Ya Allah,aku tidur ini kerana-Mu ya Allah. Untuk memenuhi fitrah badan aku. Kerana aku ingin bertahajud pada malam nanti pula. Semoga tidur ini memberi kebaikan yang sama dengan tahajud aku nanti.”
4) Tetapi, niat di atas itu bahasa tidak formal sahaja. Itu saya baca begitu. Bukankah Islam itu mudah? Anda boleh search di internet untuk niat lebih formal.
5) Kemudian, tidurlah anda. Sebelum tidur itu, berwudhu’lah dahulu seelok-eloknya. Baca juga ayat Qursi.Baca juga surah Al-Ikhlaas, Al-Falaq dan An-Naas. Mengucap juga dua kalimah syahadah sebelum tidur.
6) Kemudian, dalam hati,niatkan untuk bangun pada pukul sebagai contoh mari kita letakkan 1.30 AM.Ini kerana waktu itu, kita punya minda belum sampai tahap tidur yang susah bangun. Ini kajian sains pun ada sebut.
7) Kemudian, bangunlah kita. Lakukan solat tahajud.Lakukan solat sunat. Ketahuilah bahawa solat tahajud itu solat sunat yang amat dituntut selepas solat fardhu.
8) Kemudian, jika anda masih mampu, bacalah sedikit Al-Quran. Tetapi,janganlah lakukannya jika anda mengantuk. Rasulullah berkata yang bermaksud lebih kurang begini “Janganlah bersolat dalam keadaan mengantuk kerana kamu akan mencaci diri kamu sendiri nanti”.
9) Kemudian,tidurlah kita.Tetapi,setkan alarm untuk bangun subuh pula.
10) Kiranya kita boleh simpulkan kita bertahajud selama sejam. Iaitu sehingga 2.30 AM. Jadi, kita akan tidur selama 4 jam sehingga jam 6.30 AM. (Anda boleh sesuaikan waktu ini dengan jadual solat kawasan anda)
11) Tetapi, setkan di dalam minda.Kita hendak bangun subuh. Berdoalah kepada Allah.Supaya membangunkan kita ketika subuh. Dan ketika sedar sahaja, pastikan mengucapkan syukur kepada Allah.
12) Lawan perasaan malas anda. Itu hanyalah syaitan. Sains mengatakan kita perlu tidur 6-8 jam berterusan bukan? Sebenarnya kajian terbaru ada menunjukkan bahawa kita hanya perlu tidur 3-4 jam berterusan.Dan bangun malam sebentar itu bagus untuk kesihatan.
13) Dapat membaikkan buah pinggang dan sebagainya. Ini bertepatan apa diajarkan Rasulullah SAW. Baginda menyeru kita tidur sebentar apabila kita mengantuk.
14) Dan kemudian, apabila sampai ke waktu zuhur (tengahari), berbaringlah anda sebentar.Orang putih kata take a cat nap. Ianya bagus untuk kesihatan. Niatkan juga untuk mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW.Pasti mendapat pahala dan berkat.
15) Jangan tidur selepas asar. Ada bukti sains juga yang mengatakan tidur selepas asar boleh menghilangkan kewarasan (gila).
16) Dan apabila sampai malam,  apabila anda mengikuti cara ini,pasti anda dapat tidur awal.Mula-mula hendak berubah, tentulah susah bukan?Jangan risau.
17) Dan dengan mengikuti cara ini anda mendapat 3 perkara. Iaitu keberkatan Allah SWT, kesihatan tubuh badan,dan juga dapat menjalankan tanggungjawab anda sebagai Hamba Allah SWT.
Perkara Rutin Kehidupan Seharian Yang Perlu Anda Ubah Untuk Mencapai Matlamat Ini:
1) Kurangkanlah berhibur. Adakah anda fikir hiburan itu semua dapat membantu anda di akhirat kelak? Tiada guna menonton rancangan-rancangan yang tiada nilai kebaikan itu semua. Tiada guna anda duduk depan Facebook 24 jam mengharap akan keluarnya notification baru.
2) Tekad dan Istiqamah. Lakukanlah untuk mengharapkan keredhaan Allah.Anda hidup di dunia ini kerana Allah SWT mengizinkannya. Janganlah lupa kepada-Nya. Jika anda bersolat tahajud dan lengkap solat fardhu,pasti Allah akan membantu anda dalam hidup di dunia dan akhirat.
3) Jangan fikirkan orang lain punya kritikan. Ya.Hidup di zaman moden. You know.Malam masih muda selagi jam masih lagi belum menunjukkan pukul 5 pagi. Walaubagaimanapun,itu bagi mereka yang tiada ilmu. Jika anda masih mahu mengikut mereka, teruskan.Jika mahu menjadi hamba Allah yang mendapat berkat-Nya, ubahlah cara hidup.
4) Anda perlu untuk menambah ilmu anda juga. Jika anda tiada ilmu,  ibadat anda itu kosong.Jika anda berilmu,anda akan dapat menghayati perbuatan anda.Sebagai contoh,jika anda ada ilmu tentang wudhu’,anda akan tahu betapa besarnya kebaikan berwudhu’ itu.Jika tidak,anda tidak lebih sekadar berwudhu’ kosong.
Kesimpulannya, jika anda mengikuti cara tidur ini,anda pasti boleh bangun subuh dan anda pasti akan merasa sihat. Saya tidak tipu. Saya sendiri sudah mencuba cara ini selama sebulan. Dan Alhamdulillah saya sentiasa bangun subuh dalam tempoh sebulan ini.Kalau dulunya, ada juga miss. Dan, saya gerenti anda juga. Anda tidak akan mengantuk pada siang harinya. Tetapi,anda akan lebih ceria dan segar. Bukankah Nabi SAW bersabda bahawa tidak elok untuk tidur selepas Subuh? Setelah saya mencuba cara ini,saya berpendapat bahawa kita tidak elok untuk tidur selepas Subuh kerana jika kita tidur semula dan bangun lewat, minda kita tidak akan fresh. Malah, kita still perlukan tidur. Dari situ,kita dapat lihat, hidup berpaksikan nafsu tiada kesudahan. Dan,jika anda tidak tidur selepas subuh,anda akan fresh. Anda boleh memasak sarapan, membaca suratkhabar, tidak mengantuk untuk pergi ke kerja, membaca Al-Quran, menyiram bunga. Malah anda juga akan gembira dan riang.
Amalkanlah cara ini.Sesungguhnya tiada guna anda membaca artikel tentang Akhir Zaman dan Dajjal jika Solat Subuh anda tidak sempurna.Kerana Solat itu merupakan perkara pertama dihisab di Akhirat kelak.

Tuesday, 19 February 2013

Ciri-Ciri Dan Sifat Lelaki Idaman Wanita


 

1. Yang bercita-cita besar untuk menolong orang lain yang memerlukan, bukannya hidup dilamun angan-angan dan perlu ditolong.

2. Yang tidak malu berkata; “Saya minta maaf, sayalah yang bersalah.”

3. Yang dapat melihat pelbagai pengaruh buruk cuba merosakkan hidupnya tapi tanpa ragu-ragu berkata ” TIDAK”

4. Yang meletakkan urusan Tuhan melebihi segala-galanya.


5. Yang membuat sesuatu,misalnya melaksanakan impiannya, dengan bersungguh-sungguh dan apabila berjaya, dia menghadiahkan setinggi-tinggi perhargaan kepada orang-orang yang membantunya.

6. Yang sentiasa tersenyum, merendah diri dan mesra dengan sesiapa sahaja tanpa mengira darjat dan kedudukan.

7. Yang melihat kesilapan diri sendiri sebelum melihat kesilapan orang lain.

8. Yang sedia mencurahkan wang, masa dan kebolehannya kepada orang lain tanpa memikirkan balasan.

9. Yang sentiasa berusaha untuk menjadi contoh terbaik kepada anak-anaknya daripada hanya beromong kosong mengenai hal tersebut.

10. Yang membawa anak-anak ke rumah ibadat, bukannya menghantar mereka ke sana.


1. Seorang yang bakhil
Bakhil dalam memberi senyuman pada wanita yang bukan mahramnya. Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya. Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya. Tetapi dia begitu pemurah
meluangkan masanya untuk beribadah dengan Khaliqnya.Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya. Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran. Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya bahkan nyawanya demi melihat kalimah syahadah kembali megah di muka dunia.

2. Seorang yang papa
Papa dalam melakukan perkara maksiat. Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah dan tidak bermanfaat. Papa memiliki akhlaq mazmumah tetapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan.
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlaq dan budi pekerti yang mulia. Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya dan dia seorang yang kaya dalam menanam impian untuk menjadi seorang syuhada yang syahid di jalan Allah.

3. Seorang yang Bisu
Bisu dari pujuk rayu yang bisa mengoncang keimanan. Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa meracun fikiran. Bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran.
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan. Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran. Asalkan dia petah membangkang kemungkaran dan dia lantang menyuarakan kebenaran.

4. Seorang yang Buta
Kerana matanya sunyi dari melihat perkara-perkara maksiat dan laghah. Kerana kedua matanya terpelihara dari memandang aurat wanita ajnabi. Asalkan kedua matanya terang dalam memerhati keagungan ciptaan Allah, Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Bosnia, Ambon dan seumpamanya.

RENUNGAN BUATMU LELAKI IDAMAN

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita…Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segala…Apa yang tiada dalam syurga?…Namun Adam tetap rindukan Hawa.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok…Untuk diluruskan lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus…Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah…kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah…
Didiklah mereka dengan panduan dari Nya…Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita…Kenalkan mereka kepada Allah, Zat yang Kekal. Disitulah punca kekuatan dunia.
Akal senipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu…Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan Iman…Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya…Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab…
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan…Ia bukan diskriminasi Allah….sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah… Wanita yang lupa hakikat kejadiannya…Pasti tidak akan terhibur dan tidak akan menghiburkan…
Tanpa iman, ilmu dan akhlak, mereka tidak akan lurus…Bahkan akan semakin membengkok…Itulah hakikat andai wanita tidak kenal Rabbnya…
Bila wanita menjadi derhaka…pasti dunia lelaki huru-hara…Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata…
Tapi binalah kepimpinan…Pastikan sebelum wanita menuju Illahi, pimpinlah diri kepadaNya…Jinakkan diri kepada Allah…Nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinanmu…
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra’…Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah.

SUBHANALLAH! - Tanda-Tanda Kiamat Kecil Telah Lengkap


SUBHANALLAH! - Tanda-Tanda Kiamat Kecil Telah Lengkap


TAOTAUAJER - Tahukah korang dimana tanda-tanda Kiamat Kecil telah lengkap. Harus diingati dimana kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Kewujudan Yakjuj dan Ma'juj ini juga telah dibongkarkan oleh NASA penemuan tersebut mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif hidup 20 batu di bawah tanah.


Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia.

Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.


1-Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari.

2-Zina bermaharajalela.

“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim.

Kalau korang tengok di Media bersepah pasal Zina tu yang keluar media yang tak keluar media lagi la banyak agak-agak masa korang tengah baca artikel ini ade berapa ramai yang tengah berzina di dunia ini.. Subhanallah!

3-Bermaharajalela alat muzik.

“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ” Ada yang bertanya kepada Rasulullah saw; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah.

Ini memang tidak dapat nak dinafikan la alat muzik sememang nyer bermaharaja lela korang tengok la media sekarang, bersepah rancangan-rancangan musik dan program-program yang melalaikan.

4-Menghias masjid & membanggakannya.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.

Korang lihat dekat negara kita sendiri sudah, berapa banyak masjid yang berhiasa tesergam indah? Bahkan sekarang ini menara di Mekah jugak sudah seperti menjadi kebanggaan buat kita betapa tinggi nyer.

Sebab Nabi Muhammad SAW penah menyebutkan:

“..apabila engkau melihat orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, pengembala kambing berbangga-banga menegak dan meninggikan bangunan.” SubhanAllah!

Seperti mana yang kita lihat sekarang tanda kiamat di tepi Kaabah jer iaitu Menara Jam Di Raja Mekah. Dimana tao juga pernah mengeluarkan artikel tentang Menara jam Mekah pelengkap tanda Kiamat.

5-Munculnya kekejian.

“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.

6-Ramai orang soleh meninggal dunia.

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad.


7-Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”

- Riwayat Thabrani.

8-Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad.

9-Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

Ini pon sudah menular di negara kita.. lihatlah artis-artis sekarang berpakaian tetapi telanjang pakaian tak cukup kain.

10-Bulan sabit kelihatan besar.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”

- Riwayat Thabrani.

11-Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim.

Zaman sekarang nie kita sukar untuk membezakan dan keliru samaada berita yang di sampaikan tersebut adalah benar ataupun tidak.

12-Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad.

13-Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim.

Apakah arab akan kembali menjadi padang rumput semula seperti mana pernah di lakonkan dalam cerita The Mummy : Scorpion King ?

14-Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.

“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud &  Nasai.

Haaa.. yang ini sudah banyak berlaku bak yang jauh dan dekat mungkin terdapat di kalangan sahabat atau keluarga korang juga melakukan seperti ini.

15-Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam.

“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.


Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.

(H.R Muslim).

Keterangan:

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat.

Sepuluh tanda itu ialah:

1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa. Sepertimana nasa juga mengeluarkan kenyataan dimana suatu hari nanti matahari akan terbit di belah BARAT!

5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

7. Gempa bumi di Timur.

8. Gempa bumi di Barat.

9 .Gempa bumi di Semenanjung Arab.

10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

MAKA BERSEDIALAH WAHAI UMAT ISLAM..

TAOTAUAJER : Lihatlah betapa hampirnya kita.. dan apa yang tersenarai di atas telah banyak yang berlaku  di dunia ini. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi keinsafan. Salah dan silap harap di maaf sesunggunhya tao juga tidak terlepas dari membuat kesilapan dan kemungkaran.

Thursday, 10 January 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Assalamualaikum semua,

Selamat Tahun Baru dan selamat mulakan azam baru....tak dak ap nk ckap dh..ap2 pon selamat menjalani tahun baru nie dengan tabah dan banyak2 bersabar... 

Happy New Year 2013..
 ^_^
Allah