About Me
- Muhammad Sidik
- Selamat Datang...Aq wt blog nie bukan untuk ap2 un cuma nk hilangkan bosan ja n nk kongsi dengan korang semua benda yang aq tahu..so Enjoy K.^_^
Sunday, 29 April 2012
Thursday, 26 April 2012
Erti Sebuah Pengorbanan
Pengorbanan memang amat pedih untuk di telan kerana kita terpakasa
melaluinya secara sendirian, tapi pengorbanan boleh membuatkan
seseorang yang lain itu gembira dan sentiasa
gembira. Kadangkala kita juga tidak seceria mereka, tapi yang penting kebahagiaan dia adalah kebahagiaan kita juga. Itulah yang selalu kita fikirkan apabila kitacuba berkorban demi kebahagiaan si dia.
seseorang yang lain itu gembira dan sentiasa
gembira. Kadangkala kita juga tidak seceria mereka, tapi yang penting kebahagiaan dia adalah kebahagiaan kita juga. Itulah yang selalu kita fikirkan apabila kita
Pengorbanan dalam cinta memang perit yang kita
kena lalui, walaupun orang yang kita cintai itu terpaksa kita
korbankan Ini merupakan satu pengorbanan yang sangat perit buat kita walaupun
kita susah untuk menerimanya. Adakalanya ada pengorbanan lain yang terpaksa
kita korbankan demi menjaga satu-satu hubungan itu dan perlulah kita lakukan
demi insan yang kita cintai, walaupun kita terpaksa berkorban untuk membuat
setiap keputusan supaya dapat membahagiakan si dia tapi kita tetap
akan menyayanginya.
Tidak semestinya setiap keputusan yang kita buat
itu boleh diterima oleh dia kerana dia juga mempunyai prinsip hidup sendiri,
walaupun apa yang kita fikirkan itu adalah untuk kebaikannya malah hubungan itu
sendiri, namun ada antaranya tidak dapat diterima oleh si dia kerana
bertentangan dengan kehidupan si dia, malah setiap kali membincangkan
satu-satu perkara itu susah untuk mendapat persetujuan bersama.
Apabila kita sering bergaduh dan
memikirkan masalah yang ada, kita selalunya akan menyalahkan diri
kita sendiri kerana kita tidak mahu si dia berasa bersalah dengan setiap
perkara yang berlaku. Walaupun kita tahu apa yang kita hendak hanyalah untuk kebaikan si
dia dan hubungan yang terbina, inilah yang sering terjadi
dalam kehidupan kita.
Ada yang terpaksa mengalah dan ada yang hendak
mempertahankan keputusannya, memang pening untuk kita fikirkan perkara yang
sedemikian seperti ini, tapi bila kita telah mempunyai kekasih kita
haruslah cuba berubah kepada seseorang yang lebih matang
walaupun kehidupan yang kita lalui adalah berbeza kerana setiap
percintaan itu memang memerlukan pengorbanan namun haruslah kita tangani dengan
baik demi menjaga hati masing-masing. Seseorang yang telah bercinta haruslah cuba untuk menerima setiap keputusan setiap
pasangannya supaya perbincangan yang aman dapat dilakukan.
Wednesday, 25 April 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)

