About Me

My photo
Selamat Datang...Aq wt blog nie bukan untuk ap2 un cuma nk hilangkan bosan ja n nk kongsi dengan korang semua benda yang aq tahu..so Enjoy K.^_^

Thursday, 14 June 2012

30 Rahsia Naluri Wanita
betul ke ni?betul la kot kannnnn...98% betul... 


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang 
bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu 
bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu 
menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa 
untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu 
menegur dengan ucapan maaf. 

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci 
tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai 
wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di 
tengah jalan). 

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang 
lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya 
walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki 
lain. 

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung 
tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti 
coklat!! 

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak 
tau macam mana nak menerima pujian. 

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan 
kamu separuh mati, tolak cintanya dengan 
lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam 
diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah 
buat keputusan, dia akan lakukan apa saja. 

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri 
darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk 
seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia 
sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan. 

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka 
rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara 
termudah mereka meluahkan isi hati mereka. 

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka 
ni lansung tak berguna. 

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood 
wanita. 

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam 
diam memberikan respon positif,misalnya 
menghubunginya melalui telefon,si gadis akan 
bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak 
berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia 
akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh 
minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita 
tersebut. 

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi 
wanita.Jadi jangan senyum sebarangan. 

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan 
dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu 
dengan lebih mendalam. 

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan 
setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab 
dia memang tak berminat denganmu. 

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia 
menghubungimu atau menunggu panggilan 
darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya. 

17. Jangan sesekali mengagak apa yang 
dirasakannya.Tanya dia sendiri!! 

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering 
tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini 
lebih awal. 

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling 
romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah 
rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. 

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pe 
rtama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang 
berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah 
dirinya sendiri. 

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di 
fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang 
akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! 

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan 
harinya. 

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia 
rasa dan lalui. 

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik 
dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka 
yang paling cantik. 

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur 
dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. 

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan 
mereka sepenuh hati.. 

27. Senjata wanita adalah airmata!! 

28. Wanita suka jika sesekali orang yang 
disayanginya mengadakan surprise 
buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan 
romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan 
bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni 
dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. 

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil 
berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau 
nak memikat wanita pandai-pandailah... 

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana 
apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan 
disayangi sepenuh jiwa. 
Allah